A LIFE TO REMEMBER

An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember

Sunday, May 9, 2010

Solat Malam dan Kelebihannya

Ayuh mari kita soroti fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.
Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
  • Jauh daripada segala penyakit
  • Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
  1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
  2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
  3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
  4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
  5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.

Saturday, May 8, 2010

Siapakah Yang Kamu Minta Pertolongan Selain Allah?

apakah manusia fikir ada yang selain Allah tempat meminta segala pertolongan. Lidah mereka berkata mereka tetap dengan kepercayaan mereka. tetapi hati mereka hitam gelap, lalai dari mengingati Allah. Lalu mereka terpedaya dengan tipu daya, was was dan keraguan dari Iblis dan Syaitan. lalu mereka menjadi sekutu mereka untuk menghancurkan dan menganiaya manusia dan saudaranya yang lain. tidakkah mereka itu akan menerima azab api neraka bersama sekutu sekutu mereka. mereka fikir mereka boleh mempermainkan hak dan milik Allah dalam apa jua kejadiannya. Dan mereka lupa kemurkaan Allah yang Amat Dahsyat.

Wednesday, April 21, 2010

Kisah & Pesan Seorang Kawan


[KETENANGAN JIWA] : Ana dari Madrasah atap Nipah XIII
KeRingat ibu demi sepinggan Nasi


“Assalamualaikum abang, siti nak minta tolong boleh tak? Xcukup duit nk bayar duit exam, kalau xbayar xboleh ambil exam.. Mak ngan abah xde duit..”

“bro zaid, awat? Siapa yang telipon?”

“adik ana”

“dia xcukup duit.. banyak habis untuk menyiapkan projek tahun akhirnya..”

“Bro zaid, ade duit ke? Kalu xde, ana boleh pinjamkan dahulu”

“Syukran ya sufian, alhamdulillah ana masih lagi ada wang simpanan”
“ana ni bukanlah orang senang sufian, perlu berjimat cermat dalam berbelanja, sungguh ana datang belajar disini dengan duit bantuan adik beradikku, saudara mara, dan juga duit tabung hari tua ibuku...”
“Penat jerih ayahku mengumpul duit, keringat ibuku yg dek panas Bara api dapur kayu membakar kueh setiap kali menerima tempahan”
Aku bersyukur dengan kekurangan yang mendidik hati dan jiwaku…
Kerana kekurangan ini aku belajar untuk menghargai,
Kerana kekurangan ini aku belajar makna sebuah kasih sayang seorang ibu
aku bisa menangis keranaNYA,
Kerana kekurangan ini aku mengenal tuhan, dan cintaNYA
aku faham tidak semua orang sempurna
Kerana kekurangan ini aku belajar erti pengorbanan
Aku belajar untuk mengutip lemparan ketabahan
Aku belajar untuk menjahit layar dugaan dengan keimanan
Kerana kekurangan ini aku telah belajar erti kehidupan dan terus melangkah dengan pengharapan pada Tuhan.....

“ana sedih melihat ibuku, begitu susah, sedaya upaya menyediakan kami selengkapnya. .
Ibuku sanggup makan nasi putih berlaukkan dengan garam semata-mata memastikan kami dapat makan yang lebih sempurna.”

“Tiada siapa yang tahu keperitan hidup kami, hanya pada Allah kami sujud menyembah memohon rezeki untuk hari esok”

“Kalau dapat makan ikan, ketika waktu kami begitu tiada wang.. Ayahku dah pencen, duit pencen berapalah sangat utk menampung hidup kami… ibuku memberikan alas an, bahawa dia tidak lapar, makan ikan kering dah cukup…Kami adik beradik sangat terharu dengan pengorbanan kasih sayangnya kepada anak-anaknya. ..”

ana orang susah, rumah papan yg semakin dimakan anai-anai itu hanya menunggu waktu untuk tumbang menyembah bumi.. Waktu kecil masih tergiang-giang dimemoriku, ayah menghantar ana dengan basikal tua, di waktu hujan lebat menyimbah kami.. Ayahku membiarkan dirinya basah.. bagi melindungi baju sekolah dan kasut putih aku..”

“Sehingga mati pun belum tentu ana dapat membalas jasa mereka..”

“Ana menangis sendirian terkenang jasa kerana ibu ayah, ana mampu belajar dimenara gading. Ana disini bukan kerana aku seorang yg bijak pandai,tapi kerana doa ibu ayah yang tak putus-putus berdoa kejayaan kami adik beradik”

ana disini membawa harapan ibu ayah yg mengharap kejayaan seorang anaknya,
ana disini kerana penat lelah ibu ayah ku yang membanting keringat demi menampungku,
ana disini membawa segalas airmata ibu ayah,
ana disini kerana ibu ku sanggup makan berlaukan garam, mengadap diri dengan bahang api dapur kayu utk menjual kueh bagi menyediakan makan minum kami sekeluarga,
ana disini membawa kasih sayang mereka…
ana disini kerana mereka semua yang berkorban untuk kejayaanku
ana banyak dosa dengan mereka..Ya Allah ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku..
Kasihinya sepertimana mereka mengasihiku, kurniakanlah kekuatan bg mereka sepertimana ia membanting keringat kekuatannya untuk ku.

Sebab itulah hatiku ini sangat rasa bersalah,dosa yang ana lakukan dulu tika ana lalai dan tersasar dari jalanNYA, jika diketahui oleh mereka,Ya Allah sudah pasti hancurlah segala harapan dan pergorbanan mereka terhadapku….

“bro zaid, kan anta dah berubah,. Yang berlalu..Biarkan terus berlalu...Dan masa yg ada sekarang manfaatlah sebaik-baiknya…”
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
(Al-Ankaabut: 2-3)

“Alhamdulillah, Allah masih lagi mengasihi ana dijalannya, masih lagi berkehendakkan ana utk berbakti dijalannya selain menjadikan amal kebaikan sebagai kafarah menghapus dosa-dosa yang lalu...
Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahanpun" . (Isnadnya Hasan, ditakhrij At-Tirmidzy, hadits nombor 2510. Dia menyatakan, ini hadits hasan shahih, Ahmad 2/287, Al-Hakim 1/346, dishahihkan Adz-Dzahaby)
“Syukran ya Rabb.Ana turut gembira sekrang anta lebih baik dari dahulu.. setiap yg terjadi itu,sekalipun pertemuan manusia dengan seekor semut dipadang pasir yg seluas lautan,ia masih lagi dalam percaturan Allah s.w.t..”

“Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)

“Samalah dengan masalah, dugaan, cubaan, yg datang menziarahi diri manusia itu adalah kerana menguji sejauh manakah iman dihati mereka..”
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(At-Thalaq:2- 3)

Mana mungkin ana tahu betapa manisnya madu jika ana tidak pernah merasa pahitnya hempedu, mana mungkin ana akan tahu betapa nikmatnya hujan jika ana tidak pernah merasa betapa sengsara panasnya mentari, mana mungkin ana kan tahu betapa besarnya nilai seringgit jika ana tidak pernah membanting keringat demi wang bagi menampung kehidupan utk sepinggan nasi, mana mungkin ana akan tahu betapa enaknya secubit nasi jika ana tidak pernah merasa seksanya mengikat perut.. “

“semua yang terjadi,membentuk peribadi mulia anta sekarang..tanpa ujian dan dugaan tersebut, anta tidak mungkin berada dijalan dakwah islam mentarbiah anak-anak muda yg bermasalah sekarang..”

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”
(Al-Insyirah: 5-6)

"Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki..."

seandainya tiada nyala api disebelahku tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium.. 
anakku tahukah engkau betapa gembiranya hati ibu mendengar tangisan pertamamu biarpun tempoh menanti jerit tangis itu, bergelut dgn kudrat dan nyawa namun ibu bangga kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat, yg sekian lama dinanti anakku terasa baru semalam ibu mendodoimu, meriba,dan menyusuimu bagaikan baru kelmarin engkau belari-lari anak belajar bercakap, merenget minta dibelai, disuap nasi kemulut hingga ibu lupa, anak ibu tlh besar panjang pun pejam celik-pejam celik dah tiba masanya kita berpisah buat seketika dan ingatlah anakku sayang pegimu bukn erti kau bebas tp pergi dgn satu tujuan tuk menunaikan impian semua ingat ank ku, kita bukan org senang ibu takde harta untk ditinggalkan kecuali ilmu yg engkau ada ibu dah bekalkan kau dgn agama amalkanlah setiap masa,buatlah apa yg disuruh tinggalkan apa yg ditegah pesan ibu, jgn kau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan jgn ikut telatah rakan, gunakan peluang ini kerana ia datang hanya sekali dan ketika ia kembali, ibu dpt bayangkan betapa bahagianya hidup ini betapa ringannya bebanan bila engkau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah dan pasti ketika itu, kita tidak lagi tinggal dirumah usang biarpun masanya masih panjang lagi tapi ibu sentiasa mendoakan ianya menjadi kenyataan biarpun ibu disini masih bermain lumpur bermandikan getah untuk menyaramu tapi ibu berharap sangat janganlah siakan keringat ibu yang mengharap



Posted By Akh Ahmad Safuan ibn. Abdul Razak to islamkan jiwaku at 4/19/2010 10:55:00 PM

Sunday, April 18, 2010

Renungan

Bahasa sehari-hari mengenal istilah Allah yang di atas, atau Allah yang di langit. Langit sering didefinisikan sebagai batas pandangan mata. Dalam al Quran langit disebut dengan nama sama' atau samawat. Dalam bahasa Arab, sama' mengandung dua artinya, pertama, ma `ala ka, apa yang di atasmu. Dari pengertian ini maka plafon di rumah kita di sebut langit-langit. Ke dua, langit adalah ungkapan tentang sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal kita. Jika disebut surga berada di langit artinya akal kita tidak akan mampu melacak keberadaannya. Surga dapat dilacak dengan keyakinan atau iman, bukan dengan rasio. Bahasa sehari-hari juga suka menggunakan istilah langit meski kurang tepat, misalnya menyebut kecantikan luar biasa dari seorang gadis dengan menyebut cantiknya selangit, kekayaan yang sangat banyak disebut kayanya selangit , dan ungkapan semisal lainnya.

Orang beriman meyakini bahwa di balik alam raya ini ada alam langit atau `alam malakut satu tempat yang sangat tinggi dimana blue print alam raya dengan segala kehidupannya itu berada dan dikendalikan, dan Allah bersemayam di `arasy Nya mengendalikan kekuasaanya melalui sistem sunnatulllah, dan Dia mengontrolnya secara detail hingga jatuhnya selembar daunpun berada dalam kontrol Nya.

Di mana letak alam malakut dan dimana `arasy Allah, akal kita tidak mungkin menjangkaunya, karena Allah Maha Tinggi sedangkan kita sebagai hamba memiliki keterbatasan yang sangat banyak. Meski demikian, dengan sifat Rahman dan Rahim Nya Allah memberi infrastruktur kepada kita untuk dapat mendekat kepada Nya. Allah menempatkan sifat ilahiah pada setiap diri kita, apa yang dalam Islam disebut nasut. Allah juga menempatkan cahaya (nur) Nya pada setiap hati (qalb) kita, disebut nuraniyyun (hati nurani) yang memiki kapasitas pandangan batin sebagai lawan dari pandangan mata kepala, oleh Al Quran disebut bashirah (Q/75:14-15) .

Jika sifat Allah al Bashir mengandung arti Allah mampu melihat sesuatu secara total tanpa alat bantu, maka bashirah nya kita atau hati nurani kita juga dapat menembus dinding-dinding pembatas, secara internal melihat diri sendiri, introspeksi secara jujur dan hati nurani tidak bisa diajak berdusta, sedangkan secara ekternal, nurani dapat menerobos ke alam malakut bercengkerama dengan ruhaniyyun (malaikat atau arwah manusia) dan bahkan bisa bercengkerama dengan Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. D

Dengan sifat Nasut itulah kita pada suatu ketika rindu kepada Allah. Sifat Nasut itu bagaikan api yang selalu menyala ke atas. Orang yang sedang rindu kepada Allah, maka pandangannya selalu ke atas mencari Dia Yang Maha Tinggi di 'alam atas'. Kerinduan kepada ALlah itu memuncak ketika seseorang berhasil bekerja keras mensucikan jiwanya (tazkiyyat an nafs) hingga jiwanya mencapai tingkat nafs al muthma'innah, yakni jiwa yang tenang, atau ketika Allah berkenan mendekati hamba-hamba- Nya yang dikehendaki Nya sehingga orang itu dalam waktu cepat tersucikan jiwanya (Q/ 4:49)

Di sisi lain, Allah senantiasa merindukan kehadiran kita ke haribaan rahmat Nya. Allah sangat antausias menyongsong hambanya. Jika kita mendekati Allah dengan jalan kaki, maka Allah akan menyongsongnya dengan berlari. Itulah yang menyebabkan ada orang yang sudah sejak kecil menjadi muslim tetapi tak kunjung berkualitas, sementara ada orang yang belum lama menjadi muallaf tetapi sudah mencapai pencerahan Ilahiah, karena ia disongsong oleh Sang Khaliq. Di satu pihak, kita memang memiliki bakat kerinduan kepada Allah dan untuk itu ia berusaha naik ke atas(taraqqi) , di pihak lain, Allah yang merindukan kehadiran kita, berlari turun dari atas(tanazul) menyongsong setiap hambaNya yang berusaha keras mendekat (taqarrub). Ada tiga jalan yang kita bisa tempuh untuk menggapai cinta Allah.

Pertama: Thariqat as Syar`iy, jalan syari'at. Siapa saja yang berusaha keras konsisten mengikuti syari'at Islam, sholatnya, puasanya, berdagangnya, berpolitiknya, dan seluruh aspek hidupnya, maka dijamin ujungnya adalah dar al muqarrabin, wisma khusus untuk orang-orang dekat. Siapa saja yang secara konsisten mengikuti petunjuk Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam hidupnya, yakni mengikuti aturan Allah tentang halal-haram, mengerjakan perintahNya dan menjauhi larangan Nya, maka ia berpeluang untuk mendapatkan Cinta Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Kedua: Thariqat ahl az zikr, jalannya ahli zikir. Barang siapa yang dalam hidupnya selalu berzikir maka ia akan sampai ke tingkat dekat dengan Allah. Zikir artinya menyebut atau mengingat. Orang awam berzikir dengan mulutnya dalam bentuk menyebut asma Allah atau kalimah thayyibah, meski hatinya belum tentu ingat Allah. Lihatlah orang yang ikut zikir bersama Arifin Ilham, ia bisa menangis haru interospeksi. Jika zikir itu dipelihara, dikerjakan secara sistemik, maka lama-kelamaan hatinya menjadi dekat dengan Allah yang selalu disebutnya. Sementara orang khawas berzikir dengan hatinya. Keadaan apapun yang dihadapinya dalam hidup, hatinya tetap mengingat Allah. Ada beberapa tingkatan zikir, yaitu zikir jahr, zikir keras-keras, kemudian meningkat ke zikir khofiy, zikir yang tidak mengeluarkan suara tetapi penuh d dalam hati, kemudian tafakkur, berkelana secar ruhaniyyah merenungkan kebesaran Allah, dan yang tertinggi adalah tadabbur, yakni melihat benda atau alampun langsung terbayang Sang Pencipta (tadabbur `alam).

Ketiga: Thariqat mujahidat as Syaqa, memilih jalan yang sulit. Bagi penganut jalan ini, hidup secara biasa itu berarti tidak tahu diri dan kurang bersyukur nikmat Allah. Ia paksakan dirinya mengerjakan yang sunnah karena yang wajib sudah lewatinya dengan riang gembira, ia haramkan untuk dirinya apa yang subhat. Ia lebih suka tidur di kasur yang sederhana, meski memiliki kamar yang mewah, ia memakan makanan yang tidak enak meski tersedia makanan lezat, ia pergi ke masjid dengan jalan kaki meski  punya mobil, semua yang sulit menjadi pilihannya untuk menggapai cinta Allah. Baginya menempuh kesulitan dalam perjalanan mendekat kepada Allah itu satu kenikmatan, dan baginya pula, menggunakan fasilitas kemudahan dalam perjalanan rasanya malu dihadapan Allah. Jalan yang tidak mudah, tidak semua orang sanggup memilih jalan sulit untuk menggapai cinta Allah.

Doa


Ditengah kehidupan yang kian sulit, hempasan gelombang berbagai masalah seolah datang bertubi-tubi. Semua solusi sudah dicoba untuk diterapkan namun belum juga nampak hasilnya. Tidak ada salahnya kita berserah diri pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, memohon dengan setulus hati, dengan kerendahan hati, akan menjadi terasa nikmat dan memudahkan kita menjalani kehidupan ini.

Mari kita sama-sama berdoa, semoga Allah berkenan mengabulkan doa-doa kita dan memudahkan semua kesulitan hidup yang tengah kita hadapi pada hari ataupun hari esok, yang nampak maupun yang tidak nampak.

'Ya Allah, janganlah Engkau biarkan di tempat kami ini seorangpun yang sakit kecuali Engkau sembuhkan, yang mengalami kesulitan kecuali Engkau mudahkan kesulitannya, yang berhutang kecuali Engkau bayar hutangnya, yang sendirian kecuali Engkau berikan pasangan, yang belum memiliki anak kecuali Engkau titipkan bayi mungil untuknya, yang resah kecuali Engkau hilangkan keresahannya. Tidak juga ada dambaan menyangkut dunia & akherat yg Engkau redhaii & kemaslahatan untuk kami kecuali Engkau memenuhinya & mempermudahkannya.  Amin'

Thursday, April 15, 2010

Tafakur dan Nilanya

"Sesiapa merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya dia akan mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian sendiri dan dia juga mendapati setiap sesuatu itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain. Renungan begini bernilai satu tahun beribadat"

"Sesiapa merenungi kepada pengabdiannya dan mencari sebab dan alasan dan dia dapat mengetahui yang demikian, renungannya bernilai lebih daripada tujuh puluh tahun beribadat."

"Sesiapa merenungkan hikmah kebijaksanaan Ilahi dengan segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha tinggi, renungannya bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat kerana ini adalah ilmu pengetahuan yang sebenarnya"

Keraguan Hati

"Dan apabila timbul keraguan didalam hati tentang sesuatu perkara. maka tutuplah hijabnya. agar keraguan itu hanyalah bisikan permainan Iblis.masuklah kedalam cahaya (nur). kerana ada benteng2 yang dijadikan oleh Pencipta, tidak dapat ditembusi."

Zapin Yang Tinggal

Tajuk : Zapin Yang Tinggal
Album : Sekeping Cinta Sehampar Janji (1998)


Masih ada lagi,
rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang,
masih lagi terbayang lagumu

Rasa wangi lagi,
haruman mu ibu
Keringat ayah,
di kamar yang tinggal

Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini

Pusaramu kusiram,
kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan,
aku kini rasa disayangi

Pulang abang,
pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi

Ku mohon ampunmu,
pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua,
desa ibu yang sangat kucinta

Harus kuikuti,
tempat ku berpegang
Selepas kau pergi,
kami yang tertinggal
Saudaraku,
dengar nyanyianku
Kalau boleh,
pulanglah selalu


Ciptaan : Herman Tino
Lirik : Herman Tino

Tuesday, April 13, 2010

"Demi Masa Yang Nyawaku di Tangan-Nya"

"Demi Masa Yang Nyawaku di Tangan-Nya" Sayangnya . . . ilmu mengetahui sesuatu yang pasti dengan yakin tetapi ada sifat yang tak pernah mati dari fitrah manusia... manusia tak akan pernah berpuas hati dengan apa yang tidak memuaskan hati mereka. bagi mereka yang percaya bahawa nyawa manusia di Tangan-Nya akan sentiasa mempunyai masa untuk sentiasa melakukan kebaikan dan memberi kebaikan kepada manusia lainnya. Manusia dan Makhluk lainnya di atas muka bumi ini merasai manfaat dari kesejahteraan (hati), fikiran (akal), perkataan (lidah),  dan tindakan (perbuatan)nya.
2010 April 12 18:58

Monday, April 12, 2010

Bala Kian Menimpa

Kes Pembuangan Bayi ! Apa Jua Pun.Pasti mengundang kemurkaan ramai.

"Mungkinkah Malaysia belum lagi merasai keperitan azab bagi satu nyawa yang hilang kerana penganiyaan, penderaan yang tidak berperikemanusiaan.

Mungkinkah Malaysia belum lagi merasai bagaimana hamparan semenanjung di balikkan langit kebumi dan umbi bertaburan menjadi debu berterbangan diudara. Atau jua ledakan air panas dan berapi dari perut bumi yang sedang menunggu masa.Dan kita tidak sedar atau tidak mengambil kira.


Atau yang pasti Malaysia hanya menunggu simpati dari belas peri-bumi....

Bumi kian merasakan kehampaan bahawa kemulian darjat dan keinsanan dipermainkan di atasnya. Setitis darah yang tidak berdosa jatuh diatasnya menanti kemurkaan dan sumpahan itu adalah nyata bagi hati yang merasai getarnya. Itupun tidak akan mudah menghindari bagi seribu lagi jiwatidak berdosa yang tidak pernah mengetahui. Terhapus jua tanpa peringatan dan amaran. Kecuali bagi mereka yang diberikan perlindungan.

Dan semalam aku bermimpi, 'neraca pertimbangan' itu telah hampir dan datang dekat. Dilangit barat kulihat, 'Bintang - bintang berlima'  hilang 'cahaya'nya.Di langit Utara 'Sang Mentari' pudar sinarnya. Dan dilangit Selatan hanya bumi yang kering dan tandus. Dilangit timur tiga bintang yang kian pudar dan hambar"

Lalu Hukum dan Ketentuan mana lagi yang manusia nafikan? Peraturan Alam Semesta (Makro Kosmos) adalah jua perbandingan Peraturan Manusiawi (Micro Kosmos) yang dilanggar.

Sedih kerana jiwa bumi yang kian mati. Dan itulah manusia seperti aku. Matahari hati yang seharusnya memberikan sinar telah dihijabkan. 5 perkara telah hilang dan 3 perkara semakin pudar.
Mungkinkah saatnya kebijaksanaan dan hikmah telah diangkat

Sedih kerana tidak banyak yang dapat aku bantu. . ."
Jaisma Jaafar B Musa
April 13, 2010